+ Follow | Dashboard
. .idah_unic. .

.mood praktikal.

Thursday, December 29, 2011 5:10:00 PM


assalamualaikum. 
cak!
tadaaa~~~

ini lah Tadika As Salam yang akan idah praktikal selama dua bulan. bermula 3hb Januari hingga 3hb Mac. dahulunya idah pernah bekerja di sini selama sebulan pada bulan Mei 2009 sebelum idah masuk belajar di IIC. tadika as salam dekat saje dgn rumah idah, beberapa minit je. .idah drive kereta ke tadika. Doakan idah ye kawan-kawan sekalian, semoga dipermudahkan segala urusan. ^_^

pagi tadi, pkul 9.45 idah sampai di Tadika. untuk berjumpa dengan guru besar tadika, Cikgu Ju. .
sementara menuggu Cikgu Ju sampai, idah tolong cikgu-cikgu lain mengemas tadi. . sapu sampah, mop lantai,  dan gantung alat bantu mengajar. sementara buat kerja-kerja tersebut, ada beberapa orang parents datang untuk ambil uniform tadika. . namun masih belum sampai. Insya-Allah hari Ahad nanti baru sampai. dan ada juga beberapa orang parents yang datang untuk mendaftarkan anak mereka di Tadika As Salam, namun ada yang telah mengecewakan mereka. sebab tempat untuk kanak-kanak 4 & 5 tahun telah penuh. cuma tinggal beberapa lagi kekosongan untuk kanak-kanak 6 tahun. 

buat masa sekarang, jumlah pelajar 70 orang yang telah berdaftar. 
insya-Allah hari Sabtu, Ahad & Isnin nanti idah kena pergi ke tadika untuk uruskan pendaftaran dan pemberian uniform. hari Selasa akan bermulanya tugas idah. jeng jeng jeng :DD
idah ditugaskan untuk membuka pintu pagar tadika setiap, pada jam 6.50 pagi kerana rumah idah lebih dekat berbanding cikgu-cikgu lain yang agak jauh rumah mereka, serta ada beberapa orang parents yang akan menghantar anak mereka lebih awal. dan idah akan pulang pada pukul 1 tengahari. 
difahamkan jua, idah kena datang pukul 3 petang untuk menjaga kanak-kanak sesi petang. 

Insya-Allah, doakan idah semoga idah dapat menjalankan tugas yang diamanahkan oleh guru besar & cikgu-cikgu. Amin~!!


0 lovely notes